Photo: Arena Kereta
Kebanyakan daripada kita menyebut nama model 4×4 kompak Suzuki Jimny dengan perkataan Jimmy, mungkin kerana ramai yang tidak menyangka perkataan yang betul adalah Jimny kerana sebutannya yang agak kekok berbanding perkataan Jimmy.Di pasaran UK, Suzuki telah mengumumkan naik taraf terbaru (facelift model) untuk Suzuki Jimny bagi model tahun 2013, antaranya melibatkan rekaan baru bampar dan jeriji depan, bentuk baru bonet yang menggabungkan ‘intake’ udara tengah serta susunan semula lampu kabus depan.
Bagi menggerakkannya, Suzuki Jimny dijana enjin petrol bersesaran 1.3 liter 16 valve binaan aloi sepenuhnya yang mendapat manfaat daripada sistem pemasaan injap berbilang, memastikan prestasi kuasanya sentiasa hidup, kuat dan ekonomi.Dua transmisi tersedia sama ada manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan untuk enjin berkenaan yang menghasilkan kuasa setinggi 85ps dan 110Nm tork maksimum. Setakat ini kira-kira 20,000 orang rakyat UK telah memiliki Jimny.
No comments:
Post a Comment