Aktiviti ini adalah anjuran Kundasang Four Wheel Drive Club (K4WDC) yang telah diadakan pada 19 - 21 Mac 2009 (3 hari 2 malam). Ia disertai oleh seramai kira-kira 50 peserta (ahli kelab) dengan menggunakan 30 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan jarak perjalanan yang telah dilalui sejauh 680km. Saya tiada gambar ekspidisi ini dan hanya ada gambar notis aktivti yang telah ditampal di kedai di Kundasang. Kalau ada ahli kelab yang sudi menyumbangkan gambar, bolehlah hubungi saya.