Disclaimer!

This blog is to share the owner experience with the Suzuki 4x4 cars and not intended to advise anyone to follow or use any information from this blog. The blog owner will not take any responsibility or liability due to the use of any photos or information in this website. This blog is also doesn't endorse any products or services. Your own judgement is highly appreciated when reading or viewing any photos or information in this blog. Thank you.

Saturday, February 2, 2013

Tamiya Suzuki Jimny 1/32 mini 4WD



Photo courtesy from: TAMIYA

Suzuki Jimny 2013 Facelift

Tulisan daripada Arena Kereta bertarikh 22/11/2012 bertajuk: Suzuki Jimny 2013 terima peningkatan ‘facelift’

Photo: Arena Kereta
Kebanyakan daripada kita menyebut nama model 4×4 kompak Suzuki Jimny dengan perkataan Jimmy, mungkin kerana ramai yang tidak menyangka perkataan yang betul adalah Jimny kerana sebutannya yang agak kekok berbanding perkataan Jimmy.
Di pasaran UK, Suzuki telah mengumumkan naik taraf terbaru (facelift model) untuk Suzuki Jimny bagi model tahun 2013, antaranya melibatkan rekaan baru bampar dan jeriji depan, bentuk baru bonet yang menggabungkan ‘intake’ udara tengah serta susunan semula lampu kabus depan. 
Bagi menggerakkannya, Suzuki Jimny dijana enjin petrol bersesaran 1.3 liter 16 valve binaan aloi sepenuhnya yang mendapat manfaat daripada sistem pemasaan injap berbilang, memastikan prestasi kuasanya sentiasa hidup, kuat dan ekonomi.
Dua transmisi tersedia sama ada manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan untuk enjin berkenaan yang menghasilkan kuasa setinggi 85ps dan 110Nm tork maksimum. Setakat ini kira-kira 20,000 orang rakyat UK telah memiliki Jimny.