Disclaimer!

This blog is to share the owner experience with the Suzuki 4x4 cars and not intended to advise anyone to follow or use any information from this blog. The blog owner will not take any responsibility or liability due to the use of any photos or information in this website. This blog is also doesn't endorse any products or services. Your own judgement is highly appreciated when reading or viewing any photos or information in this blog. Thank you.

Wednesday, November 2, 2016

Suzuki SJ410: Speed gearbox change from 4-Speed (56A) to 5-Speed (60-Series)

Sebenarnya kalau bukan sebab gearbox 4 -speed leaking, malas sebenarnya untuk tukar. Jadi kebetulan ada rakan yang spare gearbox 5-speed, maka cuba lah hasil 5-speed. Gearbox 5-speed perlu diservis dahulu dan ganti bearing yang kurang elok.

5-Speed 60 series (kanan) berbanding 4-speed 56A (kiri)







Gearbox 5-speed 60-series perlu gunakan release bearing yang sedikit panjang (kiri)



Wednesday, October 12, 2016

Suzuki Sj410: Servis power steering box

Power steering box sebenarnya mengalami leaking yang semakin teruk di input shaft. Rasanya seal telah rosak. Jadi kerja hari ini ialah buka dan servis steering box serta ganti seal di input shaft.

Buka steering box waktu malam

Seal lama dan baru


Seal siap dan juga tukar getah tirrod end pada steering arm.

Monday, September 26, 2016

Suzuki SJ410: K-Seal Permanent Coolant Leak Repair

Selepas saya siap pasang head gasket, saya cuba juga lah guna produk ini yang saya jumpa di blog dan facebook yang khabarnya boleh repair leak pada head gasket dan block/head sealer. Sebabnya masalah block enjin sekarang ada gap kecil sahaja pada hujung head (no 4).

Gap yang sangat kecil di antara lubang air coolant dengan cylinder head. Nota: Saya baru sahaja tukar head gasket sebelum ini. 


Jadi harapan saya claim yang dibuat oleh produk ini sedikit sebanyak dapat membantu. Maka bermulalah sesi ujikaji sains.. :)

Sebotol K-Seal telah dimasukkan ke dalam tangki radiator selepas digoncang kuat selama 30 saat dan ditambah air sehingga paras yang sesuai. Apa yang dapat saya perhatikan ialah, selepas enjin di hidupkan, masih ada sedikit gelembung air daripada radiator. Gelembung kecil masih berterusan sehingga beberapa hari selepas enjin dipanaskan atau selepas kereta digunakan. Selepas beberapa hari, saya dapati tiada lagi gelembung kecil daripada radiator dan mungkin produk ini telah bertindak. Sekarang keadaan enjin kembali normal mungkin disebabkan head gasket baru atau dengan bantuan K-Seal pada gap seperti dalam gambar di atas. Saya pun kurang pasti, mungkin kedua-duanya.    

K-Seal


Friday, September 23, 2016

Suzuki SJ410: Nissan A15 head gasket blown again

Gasket head A15 terbakar lagi atau ada leaking sebab air dari radiator masih ditolak keluar. Jadi kerja hari ini adalah membuka balik head, periksa sebab dan ganti gasket.



Water droplets in exhaust outlet, sign of head gasket leak




Looks like engine block is not in good condition. The shop that did the skimming does not repair the tiny gap between water hole and the bore.