Gap yang sangat kecil di antara lubang air coolant dengan cylinder head. Nota: Saya baru sahaja tukar head gasket sebelum ini.
Jadi harapan saya claim yang dibuat oleh produk ini sedikit sebanyak dapat membantu. Maka bermulalah sesi ujikaji sains.. :)
Sebotol K-Seal telah dimasukkan ke dalam tangki radiator selepas digoncang kuat selama 30 saat dan ditambah air sehingga paras yang sesuai. Apa yang dapat saya perhatikan ialah, selepas enjin di hidupkan, masih ada sedikit gelembung air daripada radiator. Gelembung kecil masih berterusan sehingga beberapa hari selepas enjin dipanaskan atau selepas kereta digunakan. Selepas beberapa hari, saya dapati tiada lagi gelembung kecil daripada radiator dan mungkin produk ini telah bertindak. Sekarang keadaan enjin kembali normal mungkin disebabkan head gasket baru atau dengan bantuan K-Seal pada gap seperti dalam gambar di atas. Saya pun kurang pasti, mungkin kedua-duanya.
K-Seal
No comments:
Post a Comment