25 Oktober, 2009
Saya ke Kundasang selepas mengambil gambar Flag Off Borneo Safari 2009 di Kota Kinabalu, dapatlah beberapa gambar sempena festival yang diadakan serentak dengan Kinabalu Climbathon dan Pesta Durian Ranau.

Trademark of Kundasang Cabbage Festival
Cabaran 4x4 Kundasang yang dianjurkan oleh Kelab Pacuan Empat Roda Kundasang (Kundasang Four Wheel Drive - K4WDC) pada tahun ini tidak memasukkan cabaran bahagian 'hardcore' disebabkan ramai peserta bahagian ini ke Borneo Safari 2009 yang juga berlangsung pada masa yang sama iaitu pada 25 Okt-1 Nov di Telupid dan berakhir di Sandakan. Borneo Safari kali ini pula memasuki Hutan Simpan Deramakot untuk cabaran yang 4x4 yang lebih ekstrem. Cabaran 4x4 Kundasang hanya untuk 'novice' dan diadakan sebanyak dua peringkat bermula 24 oktober dan berakhir pada 25 Oktober.
Saya mencadangkan agar Cabaran 4x4 Kundasang pada masa akan datang mungkin boleh dibuat supaya ada konvoi jelajah kampung berdekatan Kundasang (contoh: dari Kundasang-Bundu Tuhan-Himbaan-Mohimboyon-Kundasang dan sebagainya) dan cabaran akhir (final special stages) dibuat di Kundasang. Acara ini mungkin akan mendapat sambutan yang lebih menarik kepada peminat-peminat sukan ini yang bukan sahaja menjanjikan cabaran 4x4 tatapi juga peluang melihat kawasan sekitar Kundasang.

Suzuki Jimny competitor