Oleh pada May 9, 2013 • 4:57 pm
Dijangka masuk pasaran Jun nanti
Suzuki Jimny, yang menjadi antara model paling popular keluaran jenama Jepun itu akan diberikan penawaran terbarunya untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Versi terbaru SUV kecil yang mempunyai ramai peminat termasuk di Malaysia itu akan diimport terus dari Jepun.
Menurut sumber, dengan harga dijangka berada sekitar RM90,000, Jimny terbaru itu nanti turut dijangka akan menerima sambutan hangat. BH Auto juga dimaklumkan bahawa 2 buah unit model terbabit sudah dihantar ke agensi berkaitan bagi proses ‘Vehicle Type Approval’. Kenderaan yang boleh didapati dalam transmisi manual atau automatik dipasang coil springs dan disuntik kuasa enjin petrol 1.3 liter.
Bagi transmisi automatik, ia dijangka akan menggunakan sistem CVT (continuously variable transmission) yang dapat menjimatkan bahan api dan menjadikan pemanduan lebih lancar berbanding sistem automatik tradisional.
Penggunaan CVT berkenaan sudah diuji selayaknya untuk tidak akan mengganggu prestasi pemanduan off-road kerana ia membantu memberikan perjalanan yang lebih baik dan keselesaan terutama aspek pengendalian kereta ini.
Dalam masa yang sama, varian tertinggi bagi model Swift 1.4L sedia ada, Swift Sport juga kemungkinan akan diperkenalkan sekali untuk pasaran Malaysia. Nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini dilaman ini.– Firdaus A. Yasin
No comments:
Post a Comment